Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Thursday, March 26, 2015

My STORY II: Bisnes ke peringkat GLOBAL

Hi assalammualaikum dan selamat malam.

Baru nak mengupdate blog..
lama dan berhabuk rasanya tak update blog..almaklumlah marketing saya lebih kepada FB..
Jadi kadang2 je saya buka blog..

Kenapa ye FB?sebab saya sudah terbiasa dengan FB sejak tahun 2007 lagi..memang FBians..dulu FB tu sama je dengan Friendster, tp sekarang Friendster sudah tidak diwujudkan sebagai laman sosial lagi..dan FB juga salah satu marketing yang mempuyai trafik yang banyak...mesti ramai yang dah tauuu ni...

haaa saya suka sangat bercerita tentang bisnes..apa2 dulu cita2 saya memang nak berbisnes..

Bisnes pertama saya yang pernah saya jalankan dan saya sangat SUKA ialah menjual kuih dan kuih raya...pagi2 sebelum subuh je saya dah bangun awal bantu mak saya meeng'packing' kuih2 yang sudah siap dimasak..Bisnes kuih raya paling best..TIP TOP..dulu mak saya hanya menjual kepada kenalan2 dan rakan-rakan ofis je..tapi jualan memang lumayan, memang seronok sebab mak saya dapat belikan baju raya masa tu untuk saya dan adik2..cuma tulah tak tahan tu bila banyak sangat order, tak menang tangan yang buat keje saya dan mak saya sahaja..mak sayalah paling cekal,orang yg tidor lewat sampai waktu sahur..~sob sob..ops macam mata saya masuk habuk pula..

Bisnes kedua yang pernah saya jalankan ialah bisnes serunding..tapi x laku..sbb saya terlalu bayak komitmen dan tak dapat menumpukan perhatian ketika itu saya belajar Master.
    Ada juga masa tu saya jual tudung bawal sekejap..tapi terpaksa bersaing dengan tudung awning..tak berjaya
sebab saya masih belum ada KOMITMEN.

Bisnes ketiga ialah SUPLEMEN SHAKLEE...kenapa SHAKLEE? sebab saya suka sangat SHAKLEE sebab improve kesihatan saya. Mulanya saya memang seorang yang tak suka makan and telan pill2...memang tak suka..saya bermula sebagai pengguna biasa dimana saya seorang ibu yang 'desperata' nak breastfeedingkan anak. So it was work! so saya mulalah jadi pengguna tegar...sehingga tiga tahun saya menjadi pengguna tegar, terdetik saya untuk mencuba bisnes..kerana saya fikirkan sesuatu untuk pelaburan masa hadapan dan sekali gus saya SIHAT!
   kalau dulu saya bermasalah imuniti rendah, setiap 2 3 bulan saya demam..pastu semua kerja saya tergendala. tapi sejak saya mengambil set PENYUSUAN BAYI saya rasa sihat dan imuniti badan improved!
begitu juga dengan suami saya...pada mulanya dia hanya tengok apa yang saya makan..dan pernah ditegur saya minum ESP..oh my..masa tu agak tegang juga sebab suami kata makan soya tak bagus penyebab kanser mengikut apa yang dia baca dalam internet..siap kata orang yahudi memutarbelitkan fakta..pada masa tu saya sabarkan shj..tp x pelah sabar dan terus bersabar..sehingga Allah memberi satu ujian..suami mengalami masalah kulit yang sangat serius berbulan2 susah nak baik..macam2 ubat diberikan oleh doktor kepada suami saya tapi tak berkesan..maka suatu hari tiba-tiba Allah terbukakan hati suami saya untuk mencuba barang SHAKLEE..saya pun mulalah tanya kepada Dr. Malinda Mohd Ali (www.drmalinda.com) sedikit penyelesaian kepada masalah kesihatan suami saya. Dan Alhamdulillah, suami semakin pulih dan dia percaya SHAKLEE sangat berbeza.
     Kehidupan kami mula improved dari segi kesihatan sekeluarga, dan kami memulakan bisnes SHAKLEE pada tahun 2013 iaitu ketika saya selesai sahaja berpantang bersalin anak kedua. Alhamdulillah sudah masuk tahun kedua saya bersama SHAKLEE dan kini mula melebarkan sayap ke peringkat global.
wow macam tak percaya je nak berbisnes boleh ke luar Malaysia..kalau bukan SHAKLEE??





    Bulan April bermulalah dengan GST..6 % sana ..6 % sini...orang sudah memulakan mengekspresikan diri keluhan menjangkakan harga barangan keperluan akan dinaikkan.. jadi, kenapa kita tidak perlu mulakan mencari 'side income'..Shaklee dapat membantu anda..Shaklee bukan sahaja membantu anda menjadi sihat malah ia dapat membantu anda mengukuhkan kewangan dan mencapai impian anda.

Beg Kit Membership Shaklee

Next entry...saya akan sambung lagi tentang beberapa faedah menyertai SHAKLEE ini..dan bagaimana anda boleh mencari pendapatan sambil sihat, dengan Umrah/Melancong sara PERCUMA!.ye PERCUMA..

Untuk pertanyaan lanjut tentang Pendaftaran Ahli bolehlah email saya ssurayahussin@gmail.com atau call/sms/w.a/telegram saya 0108224274

Yuran untuk pendaftaran Ahli Shaklee  adalah sebanyak RM 65 + 10 (caj pengeposan) atau dengan belian barangan Shaklee serendah sebanyak RM 600 dan keahlian adalah PERCUMA!

anda boleh juga mendaftar dalam borang yang kami sediakan --->http://mysuperherovitaminshop.blogspot.com/p/borang-keahlian.html

Monday, March 2, 2015

FAQ tentang ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) SHAKLEE

HI & ASSALAMMUALAIKUM..
Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan maya..

Akhir-akhir ini terlalu banyak rumours tentang suplemen membuatkan kita ragu-ragu untuk menggunakannya..ragu-ragu terhadap kesannya dan sebagainya..

Dan pada hari ini saya cuba memberi serba sedikit tentang Frequently Ask Questions mengenai ESP. Selamat membaca.



S:  Adakah kacang soya penyebab kanser?
J: Soya yang telah dimasak lama mengandungi sebatian-sebatian bersifat karsinogenik. Satu proses yang dinamakan TVP (textured vegetable protein) adalah proses penyebab kanser di mana ia berlaku apabila soya diproses dan perlu melalui laluan salur bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi. TVP ini yang lazimnya digunakan di dalam burger soya dan sosej soya. IA perlu dielakkan.

S: Bagaimana dengan kacang soya panggang?
J: Kacang soya kaya dengan lemak tumbuhan. Jika kacang soya dipanggang dan dimakan seperti kekacang, haba daripada proses memanggang akan mengubah lemak ini menjadi asid lemak trans yang kita ketahui adalah lemak yang menyebabkan kanser dan masalah jantung. Sekiranya kacang soya panggang ini disimpan lama,minyak di dalamnya akan berubah menjadi bersifat lebih karsinogenik. ELAKKAN makan kacang soya panggang.

S: Saya dapat tahu protein soya tidak baik untuk buah pinggang?
J : Protein haiwan lebih susah dihadam berbanding protein tumbuhan. Bagi kebanyakan orang yang mempunyai masalah penghadaman, protein yang tidak dihadamkan sepenuhnya akan membebankan buah pinggang. Protein dalam bentuk serbuk dan bersifat lebih mudah hadam adalah bentuk protein TERBAIK untuk dipilih. Protein bukan musuh – malah ia sangat perlu untuk kehidupan. Walaubagaimanapun, protein berlebihan boleh membebankan buah pinggang sekiranya anda mengambil protein dalam kadar lebih daripada 2 gram protein bagi setiap pound berat badan anda, DAN anda tidak mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi – ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

S : Saya menghidap kanser payudara dan diberitahu saya tidak boleh mengambil soya?
J : Soya adalah makanan ‘phyto-estrogen’ yang mengandungi unsur yang menyamai komponen seperti hormon. Akan tetapi, kekuatan estrogen ini ialah 1/1000 berbanding estrogen badan yang bersifat lebih kuat. Oleh itu, adalah baik sekiranya anda memenuhkan system penghadaman dengan tepung soya mentah berkualiti tinggi kerana estrogen yang lebih lemah ini akan menyekat bahagian penerima estrogen daripada menerima estrogen badan dan melindungi badan daripada kanser yang hidup dengan estrogen.

__________________________________________________________________________
TUJUH senarai semak perlu untuk mengetahui kualiti produk soya.

1) Adakah kacang soya ditanam secara organik?
Kajian menunjukkan kadar zat menurun dan kadar nitrat meningkat pada hasil tanaman yang diberikan baja kimia, berbanding dengan tanaman organik. Kehadiran nitrat dalam badan mempunyai kaitan dengan kanser. Maka, adalah penting untuk kita mengetahui racun serangga dan racun rumpai tidak digunakan langsung sepanjang proses penanaman. Memadangkan kacang soya adalah tumbuhan yang kuat, maka jenis racun rumpai yang biasa digunakan ialah racun berbahaya yang boleh membunuh yang dikenali sebagai Round Up. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu tahu produk soya yang dimakan, ditanaman secara organic.
[Soya Shaklee ditanam secara organic]

2) Adakah kacang soya diubah secara genetik?
Soya yang telah diubah secara genetic adalah lebih murah dan kebanyakan syarikat pengeluar produk soya mencari jalan untuk menjimatkan perbelanjaan.
[Soya Shaklee telah disahkan sebagai soya non-GMO]

3) Adakah tepung soya anda mengandungi kesemua sembilan jenis asid amino perlu?
Satu daripada nilai paling berharga pada kacang soya ialah ia adalah sumber protein lengkap dan membekalkan kesemua sembilan asid amino perlu. Badan manusia memerlukan asid amino ini untuk menghasilkan hormone, jus penghadaman, antibody dan enzim. Namun begitu, tidak semua kacang soya dihasilkan sama. Kandungan dan kualiti asid amino akan berbeza mengikut keadaan tanah, dan persekitaran tumbesaran serta penuaian. Jika satu sahaja asid amino perlu ini tiada, system imun badan manusia boleh menurun 30%, dan banyak fungsi utama badan boleh menjadi lambat atau berhenti berfungsi. Maka, adalah penting untuk setiap kelompok kacang soya yang dituai, diuji untuk kandungan asid amino sekiranya kita ingin mendapatkan bekalan soya yang terjamin kandungan sembilan asid amino perlunya.
 [Soya Shaklee mengandungi kesemua sembilan asid amino perlu]

4) Adakah empingan soya dibasuh dengan alcohol atau air?
Membasuh menggunakan alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sehingga 88%. Isoflavones adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru dan usus. Isoflavones juga bermanfaat untuk seimbangkan hormon dan meningkatkan jisim tulang.
[Shaklee ESP menggunakan air]

5) Adakah unsur anti-tiroid dan anti-pertumbuhan di dalam soya mentah dibuang?
Orang asia yang banyak mengambil soya sejak dahulu, mengetahui tentang kehadiran unsur anti-pertumbuhan, anti-tyrosine dalam soya mentah. Kekurangan tyrosine boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah, dan sindrom kaki resah. Oleh sebab itu, rakyat asia selalu memasak makanan berasaskan soya dalam tempoh yang singkat untuk menyahaktifkan unsur anti-tyrosine/anti-pertumbuhan. Shaklee telah mereka satu proses pengekstrakkan yang membuang unsur ini, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tahap mentah soya bagi menjamin kadar kandungan tertinggi untuk asid amino dan isoflavones yang sangat sensitif kepada haba.
 [ Shaklee Menggunakan cold extraction]

6) Adakah kacang soya anda masih mentah atau telah dipanaskan?

Asid amino sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, tindakan memasak protein menunjukkan kandungan asid amino musnah sehingga 50%. Jika seseorang individu mengamalkan diet berterusan yang kurang mengandungi asid amino,boleh mengakibatkan perkembangan yang tidak mencukupi bagi otak, hormon dan tisu badan yang lain.
 [Soya Shaklee adalah dalam keadaan mentah]

7) Adakah kalsium ditambah kepada tepung soya anda?

Terdapat sesetengah laporan yang menyatakan bahawa tepung soya bersifat sangat berasid dan boleh mengakibatkan kehilangan tulang kerana ia menyebabkan kalsium dikeluarkan daripada tulang. Kacang soya mentah adalah makanan neutral yang bukan bersifat asid atau alkali. Walaubagaimanapun, tindakan mengeluarkan minyak kacang soya menyebabkan tepung soya menjadi berasid. Maka, kalsium yang mencukupi (kalsium bersifat alkali) mesti ditambah kepada tepung soya agar ia menjadi neutral atau ia akan mengakibatkan masalah yang dinyatakan di atas.
Terdapat banyak pengeluar tepung protein tida menambah kalsium dalam kadar yang mencukupi.
 [Soya Shaklee menmgandungi kalsium yang ditambah untuk seimbangkan pH]

Kemaskini protein soya – Dr Richard Brouse

Banyak kajian berkenaan protein soya sepanjang empat dekad telah membuat kesimpulan tentang kebaikan tahap kesihatan bagi keadaan seperti kolesterol tinggi, menopaus, mengurangkan risiko kanser, osteoporosis dan vaginitis.

Dan berikut mungkin boleh dijelaskan dengan lebih yakin lagi bahawa Shaklee amat tegas dalam pemeliharaan dala menjaga kualiti produknya. Ikuti saintis-saintis Shaklee di Youtube dimana mereka memberi keyakinan bahawa soya di Shaklee adalah berkualiti dan terbaik sekali.



------------------------------------------------------------------
Promosi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee 
Promosi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee 
Promosi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee 
Promosi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee  
   Promosi Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee    

PROMOSI ESP
Buy 6 Free 1  & Buy 2 Discount 5 %
Hubungi Puan Suraya Hussin 
 S.I.D: 859175
0108224274 untuk tempahan.

Sunday, February 22, 2015

PROMOSI PIL KALSIUM OSTEMATRIX

Selamat tengahari semua..
☆☆PROMO..PROMO..PROMO!!☆☆

Adakah anda mengalami:
1. Kejang-kejang urat dan kebas anggota badan
2. Gusi berdarah dan gigi mula rapuh
3. Stres dan lesu
4. Kuku rapuh

Tandanya anda mungkin kekurangan KALSIUM yangmencukupi untuk tubuh badan...

Yup..saya ada OSTEMATRIX dimana ia boleh menyelesaikan masalah2 tersebut dan selain itu ada fungsi2 yang mungkin anda rasa tak percaya..jangan percaya sebab:
1. Ia boleh kuatkan tulang
2. Memperbaiki masalah simtom haid
3. Membantu anda kurus..ye x percaya??
4. Membantu mengawal perut yang sgt aktif (hyperaktiviti) atau gastrik
5. Mengatasi masalah sembelit..

Bagi yang tak suka minum susu..OSTEMATRIX merupakan alternatif anda untuk mendapatkan sumber kalsium yang mencukupi.

Jom cuba dulu baru percaya...PM saya atau  w.a : 0108224274..
♥saya sedia membantu♥

#sakit #gastrik
#kurus #langsing
#naktinggi bagi remaja
#stres
#penat
#tulang
#sayajual
#bazaronline
#salemalaysia

Wednesday, January 21, 2015

Soya makanan orang Asia

      Sedapnya petang-petang layan tempe goreng cicah sambal kicap. Inilah makanan tradisi yang yang sangat popular dan berkhasiat dalam kalangan orang Johor dan Selangor sebab majoritinya masyarakat melayu berbangsa Jawa. Walaupun saya bukan berketurunan Jawa (mak abah Kelantan-Melaka), saya sangat meminati tempe. Memang makanan tradisi ini dijadikan hidangan minuman petang bersama teh ataupun kopi. Walaupun bergoreng-gorengan, teh pula diminum supaya minyak daripada makanan segara dikumuhkan dan tidak diserap dalam darah kita. Begitulah fungsi teh panas dihidangkan bersama tempe goreng.
 Saya pinjam sebentar gambar daripada google images bagaimana rupa tempe goreng bersama sambal kicap. Tapi bagi sesiapa yang menjaga diet, saya nasihatkan janganlah selalu makan-makanan bergoreng begini. Kalau tak bagaimana nak capai kesihatan dan impian rupa bentuk badan yang diidamkan..betul tak? sekali sekala boleh lah..

mari menjamu mata dengan tempe goreng dibawah:

Gambar Hiasan


Di jamu pula dengan tauhu sumbat dan sos cili yang segar, ya Allah masyuknya...
Memang bagus untuk bagi yang menjaga diet pemakanan sebab kurang berminyak, selain anda menggoreng tauhu, anda boleh membakar (tanpa karbon) dalam oven konveksyen.

Sekadar gambar hiasan

Taufufah!! memang makanan berasaskan soya popular dalam kalangan semua masyarakat. Setiap pasar malam, bazar pasti ada yang menjual taufufah...sebab sudah semestinya makanan rakyat Malaysia berbilang kaum. Memang sedap dimakan ketika hidangan panas-panas.

Taufufah

OK....STOP!...saya nak anda menjamu mata sahaja ya, bukan mencadangkan menu apa hari ini.

Cuba anda perhatikan, apa yang saya cuba maksudkan disini?
Apa yang saya cuba bincangkan disini adalah makanan berasaskan SOYA.
>> Soya sangat dominan dengan orang Asia. yup very truly ASEAN.

Anak-anak kita kalau tiada botol kicap, nasi dan lauk-lauknya memang tak lalu. betul tak?


     Adakah anda perasan bahawa soya itu seperti makanan yang digemari sejak dahulu kala lagi. Dan saya rasa pada zaman dahulu penyakit kronik seperti kanser/kanker adalah sesuatu penyakit yang susah didengari. Dan menunjukkan bahawa soya ketika itu bukan penyebab kanser. Betul tak andaian saya?

      Dr Hyman menerusi laman web kesihatan menyatakan bahawa anggapan soya penyebab kanser payudara adalah tidak benar kerana terdapat kajian yang bertentangan dengan dakwaan tersebut.

  • Daripada jumlah populasi  kajian, soya menunjukkan penurunan kanser payudara dan tiada memberi kesan.
  • The only studies to show increased cancer risk are on mice with no ovaries or damaged immune systems who eat high amounts of processed soy. Daripada ujikaji soya terhadap tikus makmal yang tiada organ ovari atau dengan sistem imun yang rosak, kesan kanser akan meningkat jika diberikan kadar soya yang lebih tinggi.
  • Studies in mice WITH ovaries and functioning immune systems show inhibition of tumor growth. Kajian menunjukkan tikus yang mempunyai ovari yang berfungsi dan sistem immun yang berkesan dapat menghalang pertumbuhan tumor.
  • Mice studies may not reflect the effect of soy on humans (in case you didn’t notice, mice and humans are not the same species).
  • Eating soy foods at an early age (childhood and the teen years) appears to have a significant protective effect against breast cancer.
Jika benar anda ingin melawan kanser payudara: caranya ialah kurangkan minuman yang beralkohol dan kurangkan makanan yang ada lemak trans dan tepu (seperti makanan segera fastfood especially..) kerana kesemua kompaun ini akan (trigger) meningkatkan pertumbuhan kanser!

Jika antara Nugget dan tofu?...saya rekemenkan anda makanlah TOFU!


Terdapat pelbagai lagi tentang isu soya dan anda boleh layari blog Dr. Hyman : http://drhyman.com/blog/2010/08/06/how-soy-can-kill-you-and-save-your-life/#close
 

          Jadi semangnya kita ni orang Asia memang sukakan soya..tengoklah cara hidup orang Jepun, tauhu merupakan makanan utama mereka. Kulit mereka cantik, bila usia mencapai hampir seabad, mereka masih mampu berkebun. Kita boleh contohi satu masyarakat Okinawa yang terkenal dengan cara mereka menjaga umur sehingga 100 tahun dan bebas penyakit. Sememangnya rakyat Okinawa adalah rakyat yang sihat.


Rakyat Okinawa



Salah satu diet Okinawa dengan makanan berasaskan soya seperti TOFU



Selepas ini saya akan cuba memasukkan entri cerita tentang rakyat OKINAWA..dan rahsia mereka boleh hidup lama dan bebas penyakit.

Monday, January 12, 2015

My Story Part I


Alhamdulillah sudah setahun saya serius melakukan satu titik permulaan latihan saya untuk bebas daripada masalah kewangan yang menghantui saya dan suami selama ini.

       Saya mengenali produk Shaklee ini pada tahun 2012 apabila saya mempunyai masalah untuk meneruskan penyusuan anak sulung saya pada ketika itu berumur 4 bulan. Sebelum melahirkan bayi sulung, saya memang berniat dan berhajat untuk menyusukan anak selama 2 tahun dan suami pun menyokong kerana susu ibu sangat bagus berbanding susu formula. Suami juga mengkaji, bahawa bayi yang menyusu ibu kurang mengalami masalah perut dan kuat antibodi badan. Keadaan mula sukar dan meresahkan diri saya apabila hampir-hampir tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada Muhammad Rafiulhadi sehingga 2 tahun. Saya rasa begitu ralat, menitis air mata melihat setiap kali selepas perahan  (EBM) untuk anak hanya 2 Oz sahaja sehari? saya menjadi stres dan bertambah stres disebabkan badan semakin penat dan lemah.

         Saya merupakan pelajar PhD di salah universiti tempatan bahagian selatan semenanjung Malaysia iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Sebelum saya mendaftarkan diri sebagai pelajar saya merupakan Tutor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat. Rumah saya pula lebih kurang 40 km daripada kampus UTM dan setiap hari saya berulang alik selama 30 minit - 1 jam untuk sampai kerumah, itu tidak termasuk saya mneghantar anak yang lebih kurang jarak masa 20 minit termasuk kesesakan lalu lintas. Dengan keadaan jarak yang jauh dan masa yang lebih berulang alik untuk menuntut ilmu, tenaga saya semakin banyak digunakan disertai dengan tenaga saya belajar dalam kelas atau makmal.

         Tenaga semakin menurun, badan dan otak mula stres, dan EBM semakin sedikit sahaja. Amat merunsingkan saya dan saya menangis setiap kali selesai menyimpan stok ke dalam peti sejuk. Dengan masa yang terluang sedikit, saya mula mencapai komputer riba untuk mengkaji, dan mengkaji cara untuk banyakkan susu EBM saya. Saya ada juga bertanya dengan empunya-empuya produk dalam talian, ada yang suruh makan jenis2 herba, ada yang minum sejenis susu, dan suplemen. Akhirnya pencarian saya pula terhenti apabila seorang sahabat berkongsi suplemen Shaklee di Facebook. Saya mula bertanya dan saya inginkan stok EBM yang banyak. Akhirnya saya mula mengkaji apa itu Shaklee?produk ini ok ke? di mana saya perlukan produk ni secara cepat? akhirnya Alhamdulillah, saya mendapatkan produk tersebut dipejabat Shaklee cawangan Johor Bahru. Bermula dengan set Total Wellness Shaklee yang terdiri daripada ESP, B complex with Folic Acid, Alfalfa Complex dan Ostematrix. atas nasihat seorang penjaga kaunter pada masa itu, saya mendaftarkan diri dengan RM 65 sahaja dan itu adalah untuk seumur hidup. Setelah diberi penerangan saya menerima bonus pada 15 hb, tapi pada masa itu saya buat-buat tak nampak sebab bonus saya hanyalah RM 24++. dan saya anggap kecil sahaja amaun pada masa itu. Dan dengan bergegas, saya pn bawa kesemua produk ke rumah dan saya mula makan. Saya mula makan B Complex dan Alfalfa complex selepas makan malam manakala ESP saya tangguhkan dahulu. Dan saya dinasihatkan supaya minum air 3 liter.

         Dengan penuh pengharapan, pagi esoknya saya memulakan sesi EBM sebelum ke kelas. Sebelum mengepam, saya mula rasakan bengkak susu...dalam fikiran 'aik bentan ke aku ni?'..bermulalah sesi pengeluaran EBM, 'kalau dulu 1 minit la ni dah 15 minit tak habis, manual pula tu'..dan hasilnya..alhamdulillah saya dapat 16 Oz..terkejut besar saya!!

       Dan yang paling kelakar ialah ibu mertua yang menjaga anak saya ketika itu siap tanya ' kenapa susu EBM ko ni kaler kuning hijau?'...haaa itulah penangan makan Shaklee..
       Alhamdulillah saya masih teruskan sehingga anak saya kedua Muhammad RafiulShafiy yang kini 1 tahun 4 bulan. Next entri saya kan ceritakan kisah saya pada hari kedua pula.




"inilah perjuangan yang diinginkan oleh seorang bergelar ibu, anak jadilah anak yang taat dan soleh amiiin"

Untuk konsultansi bagi bakal-bakal bergelar ibu, dan mempunyai masalah untuk membuat stok EBM, boleh PM saya secara lanjut di 0137319673 atau di FB : MamaSue Berjuang Sampai Habis

My Super Hero Vitamin Shop: 9 sebab hati tak bahagia

My Super Hero Vitamin Shop: 9 sebab hati tak bahagia:           Selamat Tahun Baru semua..apa khabar? bagaimana rasanya sudah 11 hari di bulan Januari 2015? ada perubahan tak? adakah kita...

9 sebab hati tak bahagia






          Selamat Tahun Baru semua..apa khabar? bagaimana rasanya sudah 11 hari di bulan Januari 2015? ada perubahan tak? adakah kita masih membina azam..ye jangan putus asa untuk membina azam baru..azam baru bukan sahaja dibuat sempena tahun baru, namun demikian tahun baru adalah satu 'timeframe' untuk kita bertolak ke arah yang lebih bagus daripada tahun yang sebelumnya.

       Mungkin ada sikap kita yang perlu dibaiki lagi pada tahun ini..Untuk berasa bahagia dan gembira kita perlulah berkorban sedikit untuk membuang segala sikap-sikap negatif tahun lepas. Siapa yang tak sukakan BAHAGIA?Siapa yang tak sukakan GEMBIRA?

      Disini saya ada sertakan sekali 9 sebab kenapa hati kita tak bahagia dan cara untuk mengatasinya.





Hatta di sini, isu KPOP yang seakan sama seperti budaya barat. Dan agak tersentap juga kali ini perkara-perkara yang tak diduga bertentangan dengan nilai-nilai budaya Malaysia dan ajaran agama Islam. Saya rindukan zaman 90 an saya, di mana lagu-lagu Melayu tradisional menjadi dodoian dan dendangan arwah nenek saya kepada saya.

 Semoga Allah melindungi kita semua. InsyaAllah.

Sekali lagi masih tidak terlewat saya bagi pihak My Superhero Vitamin Shop mengucapkan Selamat Tahun Baru 2015.

Mari ber'ESP'