Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Monday, January 12, 2015

My Story Part I


Alhamdulillah sudah setahun saya serius melakukan satu titik permulaan latihan saya untuk bebas daripada masalah kewangan yang menghantui saya dan suami selama ini.

       Saya mengenali produk Shaklee ini pada tahun 2012 apabila saya mempunyai masalah untuk meneruskan penyusuan anak sulung saya pada ketika itu berumur 4 bulan. Sebelum melahirkan bayi sulung, saya memang berniat dan berhajat untuk menyusukan anak selama 2 tahun dan suami pun menyokong kerana susu ibu sangat bagus berbanding susu formula. Suami juga mengkaji, bahawa bayi yang menyusu ibu kurang mengalami masalah perut dan kuat antibodi badan. Keadaan mula sukar dan meresahkan diri saya apabila hampir-hampir tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai ibu kepada Muhammad Rafiulhadi sehingga 2 tahun. Saya rasa begitu ralat, menitis air mata melihat setiap kali selepas perahan  (EBM) untuk anak hanya 2 Oz sahaja sehari? saya menjadi stres dan bertambah stres disebabkan badan semakin penat dan lemah.

         Saya merupakan pelajar PhD di salah universiti tempatan bahagian selatan semenanjung Malaysia iaitu Universiti Teknologi Malaysia. Sebelum saya mendaftarkan diri sebagai pelajar saya merupakan Tutor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat. Rumah saya pula lebih kurang 40 km daripada kampus UTM dan setiap hari saya berulang alik selama 30 minit - 1 jam untuk sampai kerumah, itu tidak termasuk saya mneghantar anak yang lebih kurang jarak masa 20 minit termasuk kesesakan lalu lintas. Dengan keadaan jarak yang jauh dan masa yang lebih berulang alik untuk menuntut ilmu, tenaga saya semakin banyak digunakan disertai dengan tenaga saya belajar dalam kelas atau makmal.

         Tenaga semakin menurun, badan dan otak mula stres, dan EBM semakin sedikit sahaja. Amat merunsingkan saya dan saya menangis setiap kali selesai menyimpan stok ke dalam peti sejuk. Dengan masa yang terluang sedikit, saya mula mencapai komputer riba untuk mengkaji, dan mengkaji cara untuk banyakkan susu EBM saya. Saya ada juga bertanya dengan empunya-empuya produk dalam talian, ada yang suruh makan jenis2 herba, ada yang minum sejenis susu, dan suplemen. Akhirnya pencarian saya pula terhenti apabila seorang sahabat berkongsi suplemen Shaklee di Facebook. Saya mula bertanya dan saya inginkan stok EBM yang banyak. Akhirnya saya mula mengkaji apa itu Shaklee?produk ini ok ke? di mana saya perlukan produk ni secara cepat? akhirnya Alhamdulillah, saya mendapatkan produk tersebut dipejabat Shaklee cawangan Johor Bahru. Bermula dengan set Total Wellness Shaklee yang terdiri daripada ESP, B complex with Folic Acid, Alfalfa Complex dan Ostematrix. atas nasihat seorang penjaga kaunter pada masa itu, saya mendaftarkan diri dengan RM 65 sahaja dan itu adalah untuk seumur hidup. Setelah diberi penerangan saya menerima bonus pada 15 hb, tapi pada masa itu saya buat-buat tak nampak sebab bonus saya hanyalah RM 24++. dan saya anggap kecil sahaja amaun pada masa itu. Dan dengan bergegas, saya pn bawa kesemua produk ke rumah dan saya mula makan. Saya mula makan B Complex dan Alfalfa complex selepas makan malam manakala ESP saya tangguhkan dahulu. Dan saya dinasihatkan supaya minum air 3 liter.

         Dengan penuh pengharapan, pagi esoknya saya memulakan sesi EBM sebelum ke kelas. Sebelum mengepam, saya mula rasakan bengkak susu...dalam fikiran 'aik bentan ke aku ni?'..bermulalah sesi pengeluaran EBM, 'kalau dulu 1 minit la ni dah 15 minit tak habis, manual pula tu'..dan hasilnya..alhamdulillah saya dapat 16 Oz..terkejut besar saya!!

       Dan yang paling kelakar ialah ibu mertua yang menjaga anak saya ketika itu siap tanya ' kenapa susu EBM ko ni kaler kuning hijau?'...haaa itulah penangan makan Shaklee..
       Alhamdulillah saya masih teruskan sehingga anak saya kedua Muhammad RafiulShafiy yang kini 1 tahun 4 bulan. Next entri saya kan ceritakan kisah saya pada hari kedua pula.




"inilah perjuangan yang diinginkan oleh seorang bergelar ibu, anak jadilah anak yang taat dan soleh amiiin"

Untuk konsultansi bagi bakal-bakal bergelar ibu, dan mempunyai masalah untuk membuat stok EBM, boleh PM saya secara lanjut di 0137319673 atau di FB : MamaSue Berjuang Sampai Habis

No comments:

Post a Comment

Mari ber'ESP'