Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Thursday, April 2, 2015

RAKYAT OKINAWA - RAHSIA KESIHATAN YANG BERPANJANGAN


     Hai dan salam sejahtera buat pembaca sekalian..saya harap anda masih menanti dan menunggu update saya tentang Rakyat Okinawa. Saya ingin meminta maaf sebab agak lama untuk meng'update' tentang kisah rakyat Okinawa ini. Seperti yang dijanjikan saya akan mencuba membongkarkan rahsia rakyat Okinawa yang boleh hidup 100 tahun dan sihat serta masih boleh bercucuk tanam seperti gambar seorang nenek di atas.

Siapalah yang tak suka sihat?siapalah yang tak suka badan kuat walaupun umur sudah lanjut, bukan?

     Boleh tak anda cuba bayangkan anda boleh menghadiri reunion sekolah anda ketika kita berumur 88 tahun? >> Mesti anda terfikir bagaimana agaknya keadaan diri anda masa tu bukan? kawan-kawan kita siapa yang masih hidup masa tu betul tak? ataupun persoalan yang paling saya jangka..'ada lagi ke kita masa tu'?...~saya pun tak tahu..sebab kita tak boleh predict future dan betul semua itu adalah mengikut qada' dan qadar Allah (ketentuan dan ketetapan Tuhan).


haaa cuba tengok gambar yang di bawah


    Best tak dapat jumpa kengkawan pada umur 88 tahun?? mesti bestkan? tak sangkakan kalau umur kita panjang dapat jumpa kengkawan yang sebaya macam ni. Memang tak semua yang akan hadir ke reunion tu tetapi rakyat okinawa mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding negara-negara lain.

    Pada saya rakyat okinawa ni adalah satu contoh lifestyle yang boleh diikuti. Saya sangat taksub dengan carahidup sihat dan diet seimbang mereka (sekarang ni sedang mencuba diaplikasi dalam famili saya...yang da ikut anak saya yang sulung Rafiulhadi). Cuba kita tengok secara fakta jangka masa hidup rakyat Okinawa ini?
Jadual 1

Jadual ini diterbitkan dalam Center of Disease Control and Prevention terhadap rakyat Okinawa dan rakyat US. Berdasarkan jadual tersebut, rakyat okinawa perempuan yang berusia 85 tahun mempunya jangka masa hayat selama 9 tahun berbanding jantina perempuan rakyat US mempunyai jangka masa 7 tahun. ha? panjangkan usia mereka?

ok saya up lagi satu jadual..

Jadual 2


     Jadual yang kedua ini pula menunjukkan kada prevalen kes Dementia iaitu salah satu kategori penyakit Alzheimer.Walaupun dementia tiada penawar yang terbukti boleh membantu pesakit dementia, namun demikian sedikit perubahan pada kehidupa adalah salah satu faktor yang boleh membantu mencegah atau melengahkan penyakit ini. Di mana, dementia ini adalah disebabkan faktor usia, perkembangan oenyakit dementia berkembang bergantung kepada faktor usia bertambah. Oleh sebab itu, usia 85 tahun ke atas adalah satu segmen usia yang pantas dan dikategorikan sebagai TUA (>>LEBIH TUA) dalam populasi di negara US dan antara negara-negara yang telah maju. Dan group ini mempunyai kadar prevalen dementia yang amat tinggi dalam warganegara US berbanding rakyat Okinawa.

Graf 1



  WOW!! tengok nenek tu..kuatkan??boleh angkat DUMBELL lagi..ok saya akan belanja gambar tentang mereka lagi...

Ok...itu kisah JANGKA USIA..bagaimana kesihatan mereka pula ye??


Graf 2


   Kalau kita lihat gambarajah pertama ni...kelihatan warganegara US mendahului sakit-sakit kronik ni berbanding rakyat Okinawa mahupun lelaki dan juga perempuan. Ye sakit kronik tu terdiri adalah penyakit yang boleh membawa maut daripada sakit jantung koronori, kanser kolon, kanser prostat dan kanser payudara. dan saya boleh katakan penyakit sakit jantung ni juga sangat popular di Malaysia yang sedang maju ini. Kalau zaman dahulu, sakit jantung tu orang kaya atau orang yang berkerja kerajaan. Tetapi sakit jantung menghinggapi kepada semua orang tak kira usia.



Gambar 1 Fenomena Sakit Jantung


sebenarnya saya memang nak up banyak lagi  keratan akhbar tentang sakit-sakit kronik..tetapi saya akan update pada masa akan datang. Memandang saya sudah mula RISAU...
     Tak mengapa..mari kita mula sama-sama bina hidup sihat semula masih belum terlambat. Bak kata pepatah orang tua' mencegah adalah lebih baik daripada merawat'. Betul tak?

Cara hidup mereka adalah cara hidup sihat yang mudah dicontohi..kini mula dicontohi oleh masyarakat barat.
Haa kalau tengok dalam Gambar 2 tu, seorang nenek tu memegang sepinggan tauhu, ye makanan utama mereka salah satunya kekacang iaitu SOYA. gambar kedua nampak tak seramai 4 orang sedang bertepuk tangan, mereka sangat 'enjoy' dengan kehidupan mereka..iaitu KURANG STRES! Gambar ketiga, nampak tak seorang nenek sedang terbongkok-bongkok bercucuk tanam, salah satu senaman rutin mereka setiap hari di dusun/kebun. dan Gambaryang terakhir tu seorang pakcik/datuk sedang menyusun buah-buahan. buah-buahan adalah hasil tanaman mereka dan mereka menggunakan dalam pemakanan seharian mereka.
 
Gambar 2: Cara hidup


    Bila sebut diet je..biasanya orang-orang kita sebut diet tu maksudnya jaga badan dan tak nak makan..tapi sebenarnya diet adalah cara pemakanan kita yang seimbang. Rakyat Okinawa ini sebenarnya memang kurang sangat makan benda-benda manis. Diet mereka lebih kepada protein, zat mineral dan vitamin. Kalau kita lihat, sayur-sayuran dan buah-buahan, kekacang seperti SOYA serta nasi/gandum yang berindeks glisemik rendah merupakan pilihan utama mereka. Minuman rutin atau memang wajib pada mereka adalah Teh Jasmin yang mempuyai antioksidan yang tinggi. Dimana kita sedia dengar anti-oksidan ini boleh melambatkan penuaan bagi sesiapa yang rajin mengamalkannya..


Gambar 3: Diet Okinawa


    Ok cukup sampai disini, next entri saya akan mengupdate lagi tentang kehidupan rakyat Okinawa selain pemakanan dan saya akan bongkarkan lagi rahsia mereka sihat dan panjang umur. Salam SIHAT daripada saya Suraya Hussin.


>>terima kasih kepada guru saya Dr Malinda Mohd Ali tentang perkongsian ini..boleh layari laman web beliau www.drmalinda.com

No comments:

Post a Comment

Mari ber'ESP'