Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Friday, April 10, 2015

Kembung angin ketika kehamilan

Ini memang situasi benar yang dihadapi seorang ibu hamil ketika membeli belah di shopping complex...OOOpsss GAS terkeluar ketika sedang memilih barang..malu tak terkata..panas je muka ibu hamil ni bila melepaskan GAS depan khalayak ramai atau yang paling terdekat ialah salesgirl tu....

Kehamilan atau sedap kita sebut dalam bahasa Inggeris PREGNANCY..memang amat mengujakan bagi yang pertama kali bergelar bakal IBU, MOMMY, MAMA, UMMI dan macam-macam lah gelaran bagi bakal ibu ini. Tetapi yang pertama kali, anda jangan rasa janggal pula mengeluarkan GAS bagi ibu hamil adalah perkara biasa. Penyingkiran GAS dari usus dan kehamilan sebenarnya siring dan sejalan. Ia bukan sahaja tak selesa, ia juga memalukan, dengan kehadiran bau apatah lagi dengan backgroun sound dia..hurmmm..Oleh itu, mungkin ada yang terfikir apakah sebab kenapa ibu hamil ini mudah mengeluarkan GAS?

Mama yang suka bershopping

Sebenarnya banyak faktor..mengikut apa yang saya baca daripada Majalah Mami & Baby, faktor yang pertama sekali ialah disebabkan ketika kehamilan, tubuh badan bakal ibu menghasilkan kuantiti hormon yang sangat besar yang dikenali relaxin dan progestrone. Kesan ini akan mengakibatkan otot-otot berada dalam keadaan rehat teermasuk trek gastroinntestinal. Otot-otot yang merehatkan ini menyebabkan makanan bergerakagak perlahan dalam usus. Perkara ini sebenarnya memberi faedah kepada bayi tetapi ia menyebabkan makanan kurang dicerna dan menyebabkan kekembungan.

Dan ditambah pula bahagian uterus semakin mengembang dan ia meletakkan lebih tekanan pada bahagian rektum. Ini menyebabkan bakal ibu sukar untuk mengawal otot-otot di kawasan ini dan juga menyebabkan berangin dan melepaskan gas..


Jom ketahui bagaimana kita boleh mengurangkan kekembungan (perut kembung) dan ketidakselesaaan:

1. Minum banyak air - Sembelit akan memburukkan perut kembung, oleh itu minum air dengan banyak untuk melembutkan bahan buangan tersebut dan memudahkan pergerakan usus. 


2. Amalkan enam hidangan - makanan yang lebih ringan. Jangan makan makanan yang sangat banyak atau dalam kuantiti yang banyak. Ia akan memberikan kesukaran kepada sistem penghadaman ibu hamil. Lebih baik mengambil 6 hidangan saiz kecil supaya mudah dihadam.

3. Ambil masa untuk makan -  jangan makan dengan cepat atau dengan erti kata lain 'gelojoh'...sebab ia akan menyebabkan makanan yang ditelan bersama udara...memnyebabkan poket udara atau 'air pocket'. itula penyebab GAS wujud dalam perut ibu hamil.

4. Elakkan makanan yang bergas - Makanan yang bergas seperti bawang, brokoli, kacang, fan makanan bergoreng. Tetapi macam mana jika ada yang suka makanan-makanan ini? boleh...tapi dengan kadar yang sedikit.

5. Elakkan tekanan - Stres atau tekanan juga menyebabkan pengumpulan angin atau gas. Apa yang ibu hamil boleh buat ialah, cuba redakan stres atau tekanan tersebut dengan hobi seperti melayan novel, tengok drama ke, window shopping, senaman atau rehat yang mencukupi.

eat sleep repeat well


6. Kekalkan berat badan yang sihat - Satu cabaran untuk mengawasi berat badan mengikut panduan kehamilan yang telah ditetapkan. Ia membantu untuk mengekalkan tekanan kepada trek sistem penghadaman yang minimum.

Terdapat juga herba yang boleh membantu ibu hamil mengatasi masalah kembung angin atau ketidakhadaman perut. Selain itu ada juga yang boleh menenangkan diri atau releasekan diri daripada stres
Sebagai contoh, saya ingin merekomenkan untuk membantu ibu hamil dengan suplemen semulajadi yang pernah saya gunakan ketika saya hamil. Semuanya selamat dan berkesan untuk ibu hamil.


Antara manfaat Peppermint ginger plus:
  1. Membantu merawat atau mencegah masalah loya (juga untuk ibu hamil), mabuk laut, gastrik, sendawa dan penghadaman.
  2. Menghilangkan kembung perut
  3. Menyekat demam apabila dijangkiti selsema
  4. Melegakan batuk dan kahak secara semulajadi
  5. Melegakan otot perut, mempunyai kesan penenang
  6. Membantu masalah cirit-birit
  7. Melegakan simtom senggugut ketika haid
  8. Mengeluarkan angin terutama kpd ibu bersalin

Kebaikan Ostematrix:

1.Menguatkan tulang – menghalang osteporosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf

2.Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas – makan sebelum tidur

3.Meringankan stres dengan melenakan tidur supaya tubuh dapat berehat secukupnya.

4.Memperbaiki masalah haid

5.Mengalkalikan tubuh – mengimbangi pH tubuh seterusnya menghalang obestiti diwaktu umur tua.

6.Memperbaiki perut yang hiperaktif dan gastrik

7.Sumber vitamin D – boleh merawat penyakit rickets. Membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

8.Sumber magnesium – membantu sistem saraf, m’aktifkan enzim tubuh untuk m’hasilkan tenaga, mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu, menghalang rembesan keluar sisa dr perut dan usus.Mengurangkan masalah sembelit.
Untuk konsultasi, boleh PM saya secara lanjut di 0108224274 atau di FB : MamaSue Berjuang Sampai Habis
 

No comments:

Post a Comment

Mari ber'ESP'