Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Wednesday, January 21, 2015

Soya makanan orang Asia

      Sedapnya petang-petang layan tempe goreng cicah sambal kicap. Inilah makanan tradisi yang yang sangat popular dan berkhasiat dalam kalangan orang Johor dan Selangor sebab majoritinya masyarakat melayu berbangsa Jawa. Walaupun saya bukan berketurunan Jawa (mak abah Kelantan-Melaka), saya sangat meminati tempe. Memang makanan tradisi ini dijadikan hidangan minuman petang bersama teh ataupun kopi. Walaupun bergoreng-gorengan, teh pula diminum supaya minyak daripada makanan segara dikumuhkan dan tidak diserap dalam darah kita. Begitulah fungsi teh panas dihidangkan bersama tempe goreng.
 Saya pinjam sebentar gambar daripada google images bagaimana rupa tempe goreng bersama sambal kicap. Tapi bagi sesiapa yang menjaga diet, saya nasihatkan janganlah selalu makan-makanan bergoreng begini. Kalau tak bagaimana nak capai kesihatan dan impian rupa bentuk badan yang diidamkan..betul tak? sekali sekala boleh lah..

mari menjamu mata dengan tempe goreng dibawah:

Gambar Hiasan


Di jamu pula dengan tauhu sumbat dan sos cili yang segar, ya Allah masyuknya...
Memang bagus untuk bagi yang menjaga diet pemakanan sebab kurang berminyak, selain anda menggoreng tauhu, anda boleh membakar (tanpa karbon) dalam oven konveksyen.

Sekadar gambar hiasan

Taufufah!! memang makanan berasaskan soya popular dalam kalangan semua masyarakat. Setiap pasar malam, bazar pasti ada yang menjual taufufah...sebab sudah semestinya makanan rakyat Malaysia berbilang kaum. Memang sedap dimakan ketika hidangan panas-panas.

Taufufah

OK....STOP!...saya nak anda menjamu mata sahaja ya, bukan mencadangkan menu apa hari ini.

Cuba anda perhatikan, apa yang saya cuba maksudkan disini?
Apa yang saya cuba bincangkan disini adalah makanan berasaskan SOYA.
>> Soya sangat dominan dengan orang Asia. yup very truly ASEAN.

Anak-anak kita kalau tiada botol kicap, nasi dan lauk-lauknya memang tak lalu. betul tak?


     Adakah anda perasan bahawa soya itu seperti makanan yang digemari sejak dahulu kala lagi. Dan saya rasa pada zaman dahulu penyakit kronik seperti kanser/kanker adalah sesuatu penyakit yang susah didengari. Dan menunjukkan bahawa soya ketika itu bukan penyebab kanser. Betul tak andaian saya?

      Dr Hyman menerusi laman web kesihatan menyatakan bahawa anggapan soya penyebab kanser payudara adalah tidak benar kerana terdapat kajian yang bertentangan dengan dakwaan tersebut.

  • Daripada jumlah populasi  kajian, soya menunjukkan penurunan kanser payudara dan tiada memberi kesan.
  • The only studies to show increased cancer risk are on mice with no ovaries or damaged immune systems who eat high amounts of processed soy. Daripada ujikaji soya terhadap tikus makmal yang tiada organ ovari atau dengan sistem imun yang rosak, kesan kanser akan meningkat jika diberikan kadar soya yang lebih tinggi.
  • Studies in mice WITH ovaries and functioning immune systems show inhibition of tumor growth. Kajian menunjukkan tikus yang mempunyai ovari yang berfungsi dan sistem immun yang berkesan dapat menghalang pertumbuhan tumor.
  • Mice studies may not reflect the effect of soy on humans (in case you didn’t notice, mice and humans are not the same species).
  • Eating soy foods at an early age (childhood and the teen years) appears to have a significant protective effect against breast cancer.
Jika benar anda ingin melawan kanser payudara: caranya ialah kurangkan minuman yang beralkohol dan kurangkan makanan yang ada lemak trans dan tepu (seperti makanan segera fastfood especially..) kerana kesemua kompaun ini akan (trigger) meningkatkan pertumbuhan kanser!

Jika antara Nugget dan tofu?...saya rekemenkan anda makanlah TOFU!


Terdapat pelbagai lagi tentang isu soya dan anda boleh layari blog Dr. Hyman : http://drhyman.com/blog/2010/08/06/how-soy-can-kill-you-and-save-your-life/#close
 

          Jadi semangnya kita ni orang Asia memang sukakan soya..tengoklah cara hidup orang Jepun, tauhu merupakan makanan utama mereka. Kulit mereka cantik, bila usia mencapai hampir seabad, mereka masih mampu berkebun. Kita boleh contohi satu masyarakat Okinawa yang terkenal dengan cara mereka menjaga umur sehingga 100 tahun dan bebas penyakit. Sememangnya rakyat Okinawa adalah rakyat yang sihat.


Rakyat Okinawa



Salah satu diet Okinawa dengan makanan berasaskan soya seperti TOFU



Selepas ini saya akan cuba memasukkan entri cerita tentang rakyat OKINAWA..dan rahsia mereka boleh hidup lama dan bebas penyakit.

2 comments:

  1. saya start mkan tempe kat johor sebab belajar kat sana.
    mula2 xleh terima juga sebab rase pelik kot..hihi
    lame2 dh boleh terima..
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee hee kan..dulu ms kecil mak saya x dedahkan sangat sbb mak org kelate byk make ulam,celur ike cicah budu ja..la ni duk campur gaul dgn johorean jadi pandai make tempe..hee hee

      Delete

Mari ber'ESP'