![]() |
Honey moon kali ke Dua |
Pada minggu lalu..saya bersama suami saya ke Penang untuk hadiri ke IEEE Conference dan saya merupakan pembentang kertas kerja mengenai kajian yang saya lakukan sekarang ini...Semasa sampai sahaja di Airport Bayan Lepas pada pukul 9.30 pagi, cuaca sangat cantik very brightful day...
Day 1:
Hari memang cantik..so kami berjalan sekitar Penang..cari tempat makan melawat tempat-tempat yang kami rasakan berpatutan.
Day 2:
Waktu pagi matahari bersinar dengan cantik pukul 7 pagi sahaja kami dah turun pergi mandi laut di Batu Feringgi. Waktu petang saya mula mendaftarkan diri di ParkRoyale Hotel sebagai 'presenter' kertas kerja kami. Tapi petang sahaja hujan turun dengan lebatnya..saya nak balk semula di hotel kami menginap (Holiday Inn Hotel)..saya berbual dengan bellboy di bawah lobby ParkRoyale Hotel, dia bercakap dengan loghat penang "La ni kejap hujan..kejap panaih..kejap hujan...patutnya Penang tgh musim panaih..la ni tak lagi..depa bawa angin monsun dari kelantan mai singgah Penang"...saya senyum sahaja..memang peramah sehingga sanggup pinjamkan payung...WAAALLAAA memang kelas lah layanan 5 Star hotel..saya ingat nama dia Sunther dan Faizal..
Day 3:
Pagi cerah macam biasa..dan saya membentang kertas saya pada pukul 8.30 pagi..akhirnya lega saya..dan mula misi mengemas barang sebelum tu pekena Nasi Kandar. Secara jujur memang saya tak pernah makan nasi kandar, almaklumlah kebiasaan menu family adalah nasi ulaman, kuah asam pedas, mee dan pasta. ni nasi kandar ni lebih kurang macam nasi biasa atau nasi beriani tapi dicampurkan kuah-kuah kari. Saya kata dengan suami saya makan lecitihin (kalau ada Phytocol ST boleh makan 2 biji) kemudian selepas makan, herblax dan alfalfa complex pula. Tengah hari sahaja hujan mula rintik2 dan kami naik sahaja bas apa yang ada untuk pusing-pusing Penang, pada masa tu kami naik Rapid Penang, memang sangat senang berbanding Bandaraya Johor Bahru, banyak bas dan saya pun pening..
OTW nak balik ke rumah pula..saya naik flight ke Johor Bahru pukul 7 mlm..dan sepanjang penerbangan..hujan..Pilot yang bertugas ketika itu menyarankan kami memakai tali pinggang keselamatan sepanjang penerbangan ekoran cuaca yang tidak menentu. Pada masa tu saya bertawakal sahajalah banyak2 dan dipermudahkan semoga selamat sampai ke rumah untuk bertemu dengan anak-anak.
Oklah panjang nya cerita tentang pengalaman saya ni..Topik kita pada blog saya hari ini berkaitan dengan perubahan cuaca..ya lah sekejap panas sekejap hujan..kadangkala kita kalah dengan cuaca macam ni, kita boleh jadi tidak sihat, demam, batuk dan sebagainya..
Tahun lepas, paling saya tak lupa saya boleh semput dengan keadaan cuaca begini sehingga menyukarkan saya untuk belajar dan memberi tumpuan sepenuhnya dengan kajian PHD saya.
Alhamdulillah..masalah ini dapat diatasi dengan amalan berterusan Vitamin C SR.
Kenapa Vitamin C??Bagaimana nak pilih Vitamin C yang baik?? sebelum ni saya menggunakan jenama-jenama lain di farmasi sehinggakan bertukar-tukar produk..
Seperti kita sedia tahu Vitamin C sangat membantu dalam sistem immune dan antibodi badan, melawan jangkitan dan membantu mengurangkan alahan seperti selsema (resdung).
Cara Memilih Vitamin C?
1. Vitamin C adalah vitamin jenis mudah larut dan boleh bertahan dalam badan paling maksima 4 jam sebelum badan kita mengeluarkan melalui sistem perkumuhan. Makan untuk mengatakan kita overdose Vitamin C adalah luar biasa sebenarnya, sebab badan kita pasti akan memperkumuhkan vitamin C selang 4 jam.
![]() |
Vitamin C SR |