Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Thursday, November 20, 2014

Tips Untuk Tingkatkn Metabolisme Badan

Sambungan entri sebelum ini saya terangkan apa itu metabolisme..kali ini bagaimana kita nak tingkatkan metabolisma pula..
Haa ni dia tipsnya...

Tips Tingatkan Metabolisma Badan.
Tips #2: Tingkatkan metabolisma dgn minum air 💧💧

Air yang kita minum sgt memberi impak kepada metabolisma badan.
60-70% badan kita adalah air. Air penting untuk :
~ mengawal suhu badan
~ membawa nutrisi2 yang diperlukan oleh sel
~ membuang toksik
~ menjaga sel2 dan organ dari rosak
~ memastikan proses metabolisma berjalan lancar.

Jika kita minum 500ml air, metabolisma akan meningkat dan membakar at least 25 kalori 
Jangan tunggu haus baru minum, pada ketika itu sebenarnya badan kita telah pun mengalami dehidrasi.

Ok, berapa banyak perlu minum? 

Dan air apa yg paling baik utk tingkatkan metabolisma?

Byk artikel yg kata ais bagus utk tingkatkan metabolisma, tp ada beberapa new research yg menunjukkan - not much of ice or warm water yg meningkatkan metabolisma, ttp air yg kita minum secukupnya itu yg meningkatkan metabolisma sehingga 30%.

Kekurangan air atau dehidrasi akan menyebabkan metabolism menurun.
Utk boost metabolisma  - minum air lebih kurang 10 minit sblm mkn, tetapi max booster berlaku lebihkurg 30 minit slps kita minum.
So, kena minum air setengah jam sebelum dan selepas makan, baru mudah kurus dan awet muda. 

Jenis air pula :

1. pure filtered water dan alkaline water ok.

Elakkan minum air paip tidak bertapis - kandungan klorin and tahap asid yang lebih. Lebih berasid badan kita, lebih sukar utk turunkan berat badan.

2. Antara teh yg bagus utk tingkatkan metabolisma - Green tea, Oolong tea, Sage leaf tea or Kombucha (chineese tea) + infusion water.




3. Infused Water.

Minum air kosong sahaja pun membosankan bukan...
infused water adalah campuran air kosong dengan buah-buahan, atau sayur-sayuran terpilih di rendam dalam air kosong secara semalaman.

berikut antara resepi infused water:




haa rupa air infused water ni macam ni:



Sunday, November 16, 2014

Cara mudah menjemput rezeki dengan murah

Perkongsian peserta Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki.

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Apa yang dikongsikan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana ramai yang di luar sana kebanyakannya biasa berbanding luar biasa.

Kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula menjemput rezeki:

1.Networking pertama adalah DHUHA.

Jika kita selalu buat 2 Rakaat. Sekarang ubah lebih banyakkan rakaat. Makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT

2.Tahajjud.

Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3.Membaca Al-Quran.

Bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini. Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4. Berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah.

Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5.Solat Berjemaah.

Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. Bersilaturrahim.

Janganlah kita memecahkan silaturrahim.

Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7.Bersedekah.

Ini amalan yang sangat dititikberatkan kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi, Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh:

Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000. 10% daripada RM5000 yang kita inginkan iaitu RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni tentang sedekah. seorang peniaga setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni seterusnya seorang insan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, dia pergi bayar 'INSURANS' bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH.

Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8. Solatlah di awal waktu.

Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu. Sebaik sahaja sampai batu ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?

Jawapannya, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10.Tawakal dan Usaha.

Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ??

Tapi yang sebetulnya. Tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Minumlah air masak 3 liter sehari.

Jika yang perempuan mulalah menutup aurat dan memakai stokin kaki.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH

Mari sama-sama kita amalkan.

Tuesday, November 11, 2014

Cara tingkatkan metabolisma

Assalammmualaikum w.b.t

Saya just nak share tips2 yang saya belajar daripada Dr Malinda Mohd Ali. Biasalah umur dah meningkat naik macam2 masalah kesihatan dan berat badan tu jadi salah satu isu. Antara faktor yg penting kenaikan berat badan adalah kadar metabolisma.

Metabolisma adalah "Tahap kecekapan atau effectiveness tubuh kita memproses dan menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga"

Kalu nak slim, nak kurus metabolisma perlu tinggi.

Tetapi ada beberapa faktor yang mempengaruhi Metabolisma. Antaranya :

1. Umur - metabolisma menurun 5% setiap 10 tahun slps usia 30. 

2. Jantina - lelaki lebih mudah bakar kalori berbanding wanita. 

3. Kepadatan otot (muscle mass) - lebih byk otot, lebih mudah bakar kalori. 

4. Tahap aktiviti : lebih banyak kita exercise, lebih tinggi tahap metabolisma. 

5. Genetik - mmg ada faktor genetik yang mempengaruhi tahap metabolisma. Kalu kita mewarisi genetik yg slow metabolisma, kena lebih berhati-hati. Makan sikit pun cepat berat naik. 

6. Tahap thyroid hormon - kalu thyroid level rendah atau suboptimal, metabolisma lebih rendah, memang senang berat naik dan fluid retention. 

Cuba tengok faktor2 yang kita ada.

next entry saya akan share tips bagaimana nak tingkatkan metabolisma...wajib tu kalau nak kurus nak sihat!

- Sumber: Dr Malinda Mohd Ali  (untuk ketahui lanjut tentang profile Dr Malinda Mohd Ali boleh layari: www.anugerahkita.com )

Saturday, November 1, 2014

JDT vs PAHANG..jangan dikenang masa lalu

sampaikan anak-anak yang tak tahu apa-apa pun boleh mengerti bahang bola Piala Malaysia 2014 ni..
90 000 peminat bola sepak yang menghadiri Stadium Bukit Jalil bergema dengan 2 sorakan pasukan Pahang dan JDT..
sayang 1000 skali sayang, walaupun pasukan JDT kalah pada pasukan pahang 1 November 2014 bukan bermakna JDT kalah di hati kami..(cewaah) . Apa-apapun tahniah kepada semua pemain kedua-dua pasukan untuk Final Piala Malaysia ini..terapkan semangat kesukanan tu yang penting jangan ambil hati babak-babak drama yang tak elok kat dalam padang tu..lupakan aja yang keruh-keruh tu..tahun kita jumpa lagi ok??

Ok hari ini , nak updatelah sedikit ttg Sports Nutrition Set..untuk atlit-atlit, stamina dan kekuatan otot badan amatlah penting di samping tubuh badan yang sihat (maksud saya disini perlu juga kekuatan imun dalam badan).

Set Sports Nutrition atau Body Builder ini mengandungi :
  1. Peformance® Natural Orange
  2. Cinch® Shake Mix - vanilla, cafe latte dan coklat,
  3. Cinch® Energy Tea Mix
  4. Vita-Lea Iron Formula
  5. Advance Health Joint Tablet
  6. Ostematrix

1. Performance Maximum Natural Orange - bertujuan untuk mengurangkan dehidrasi ketika latihan dan perlawanan sedang berlangsung. Dehidrasi air sentiasa berlaku kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi  pada cuaca panas dan terik. Selain daripada itu, ia memberi tenaga yang secara optimum bagaikan anda atlit olimpik!
Kelebihan Performance adalah mengelakkan atlit-atlit terdehidrasi







2. Cinch Shake Mix - Ia adalah Campuran Proprietari Protein dengan Leusina, membantu anda dalam membakar lemak dan mengekalkan otot-otot yang sudah sedia ada.
  • Bebas Laktos
  • Rendah glisemik
  • Soya Bukan-GMO
  • tinggi serat sebanyak 6 gram.

Cinch Shake Mix

3. Cinch Energy Tea Mix - untuk membantu meningkatkan metabolik badan dan seterusnya memberi badan sentiasa bertenaga secara semuladi dengan polyphenols iaitu melalui adunan proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!kelas gitu!
Cinch Energy Tea Mix


4. Vitalea Iron Formula -  membekalkan 28 vitamin dan mineral yang seimbang dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan atlit. Beta kerotena membantu pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Biotin dan pantotenik membantu memetabolismakan lemak dan karbohidrat dalam tubuh. Tiada perisa, pengawet, pemanis dan bahan pewarna. 

Vita-Lea Iron Formula


5.Advance Joint Health Tablet - formulasi propriatari  dengan bahan yang sangat efektif untuk sokongan sendi, fleksibiliti dan kesihatan pada tisu penghujung dan sendi. Perlu untuk memudahkan pergerakan tubuh badan para atlit.
Advanced Joint Health Tablet


6. Ostematrix  - bukan sekadar pil kalsium biasa sahaja, mengandungi magnaesium, vitamin D dan minerals seperti zink, copper dan manganese untuk mengekalkan kesihatan. Penjagaan kesihatan tulang juga membantu kita mudah untukmenggerakkan otot dan tubuh badan dengan lancar disamping mengelakkan diri tercedera ketika dalam latihan dan perlawanan.
Ostematrix
 
 Ok lah...untuk para atlit tak kiralah siapa, bikers pun ok juga..kak memang syorkan sangat-sangat gunakan suplemen seperti yang dinyatakan di atas..sangat memuaskan dan gerenti puas hati..InsyaAllah..
 
 
Untuk keterangan/tempahan boleh lah hubungi saya 0137319673(suraya hussin)/0108224274(Rashid) atau di FB: MamaSue Berjuang Sampai Habis
S.I.D:859175




Mari ber'ESP'