Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Tuesday, January 7, 2014

Langkah Demi Langkah






Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Ya Allah..berilah ku kekuatan untuk teruskan perjuangan aku..aku adalah seorang anak, isteri dan ibu kepada anak-anakku..aku juga seorang pelajar dan juga yang mengajar ilmumu..aku seorang saudagar untuk memberi manfaat kepada umat manusia...Ya Allah berilah aku nafas baru untuk berikan terbaik kepada diriku dan keluargaku..amiin..

Memang sejak dari kecil aku sudah diajar untuk berniaga oleh ibuku..setelah lama aku berdiam diri..kini aku mula merasakan aura berbisnes sudah kembali semula...Masa aku masih bersekolah, ibuku menjual kuih-kuih atas dorongan hidup susah dan juga permintaan orang disekelilingnya..nampaknya konsep memenuhi permintaan orang adalah sesuatu yang mulia pada ibuku yang sanggup berjaga menyiapkan tempahan kuih-muih..maka aku sebagai anak sulungnya meringankan beban dengan membantunya menyiapkan dan membungkus kuih-kuih untuk dijual..itu kisah ibuku..Akan tetapi, ibuku seringkali menegaskan diri bahawa PELAJARAN adalah penting..tanpa pelajaran ilmu didada kita senang ditindas..
 Aku seorang pelajar PHD ketika ini...kadang mula merasakan hidup belajar sahaja seperti didalam sebuah kotak kosong. Hidup semakin hari semakin menurun..aku hilang punca disebabkan kelemahan diri..Namun demikian, aku sentiasa berdoa untuk keluar daripada kemelut keresahan ini. Tidak mahu berada di satu platform sahaja..itulah aku yang dahulunya disekolah aku seorang yang multitask...
   Kemudian datang ilham dari ALLAH SWT, aku merancang dengan perniagaan kecil-kecilan..dengan berbekalkan RM 65 sebagai modal sahaja..sambil itu aku mula mengambil satu produk kesihatan itu..terasa hidup aku bertambah sihat dan maju sedikit. Kemudian setahun kemudian, aku mula berniaga secara serius..sebab aku ingin menyebarkan kebaikan produk ini dan aku ingin selamtkan diriku dan keluargaku dari kemelut kewangan. Sejak itu, aku mula mempunyai sahabat-sahabat yang memberi sokongan padu, dan seterusnya hidup aku mula maju sedikit demi sedikit..tiada lagi stress..aku mula berubah ke arah positif dan begitu juga suamiku..Alhamdulillah..


Aku harap semangat positif ini akan mengorak langkah terakhir aku dalam PHD aku juga..terima kasih Allah


Aku ingin kongsikan sedikit, berikut adalah pengajaran daripada guru aku, En Saiful Nizam Rosdi.



TUJUAN BERNIAGA


Kata mentor saya, Dr Azizan Osman, matlamat utama berniaga adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt dengan cara membantu menambah nilai hidup lebih ramai orang lain.

Kata puan guru Ainon Mohd, jangan berniaga kerana mencari duit. Duit adalah pendorong yang tidak bagus.


Bahaya 1:

Duit adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.

Apabila kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit, apabila duit lambat masuk, kita rasa kecewa.

Kemudian kita berasa sia-sia berniaga.

Kemudian kita patah semangat, lalu kita mula perlahan-lahan memberhentikan daya usaha.

Modal hangus, asap yang dapat. Kemudian kita putus asa.

.

Bahaya 2:

Jangan berniaga disebabkan kita mahukan duit.

Apabila duit tidak datang, kita sangka kita tersalah memilih bisnes.

Kita sangka bisnes yang kita pilih itu tidak elok. Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.

Apabila duit tidak datang juga, kita sangka bisnes itu pun tidak betul. Lalu kita tukar kepada bisnes lain. Begitulah seterusnya....

.................................................................................................................................................
Ahli-ahli psikologi (di US) sudah banyak mengkaji personaliti dan psikologi entrepreneurs.

Hasil kajian mereka mendapati entrepreneur yang tulen bukanlah orang-orang yang didorong oleh nafsu-duit.

Berbeza dengan apa yang biasanya disangka. Entreprenuers terjun ke dunia bisnes bukan disebabkan mereka mahukan duit.

Entrepreneurs adalah orang-orang yang mahu hidup bebas menjalankan apa yang mereka suka jalankan.

No comments:

Post a Comment

Mari ber'ESP'