Also see : Use A Drop Cap Large First Letter In Posts On Blogger

My Superhero Vitamin Shop Fan Page

My Nuffnang

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433





1Muharam pada setiap tahun Hijrah ..satu permulaan hari pada tahun yang baru harus dilalui pada setiap tahun untuk setiap insan. Namun berapa banyakkah statistik yang menunjukkan hati kita sentiasa baru dengan kesedaran tentang penghayatan tahun Maal Hijrah jika bukan hanya disebabkan kalendar Gregory yang mendominasi kehidupan kita seharian...
Kebangkitan kesedaran umat islam di akhir zaman juga semakin berkurangan...lihatlah sana sini pelbagai masalah yang berlaku disekeliling masyarakat kita. Ikatan persaudaraan Islam juga semakin goyah wujudnya pemikiran2 dan aliran yang semakin menyebabkan hati berbelah bahagi...dunia...itulah tujuannya..
Tidak pula kuatnya pengaruh budaya luar yang semakin menular ke dalam masyarakat kita menyebabkan penyakit sosial sedang berlangsung dengan hebatnya..Semakin menjadi barah kepada badan masyarakat ini. Yang dilihat sehingga kini, budaya teknologi semakin hebat maka statistik penyakit semakin menaik..
Namun tidak pula menyalahkan kemudahan2 yang telah ada sehingga hari ini, jika kita memikirkan ia dalam cara yang positif jika dibanding zaman tok moyang yang langsung tiada apa kesenangan seperti hari ini...
Oleh itu, untuk generasi yang masih dan boleh ada sehingga hari ini..kemudahan haruslah dimanfaatkan demi kebaikan diri sendiri. Janganlah mudah terperangkap dengan kekayaan yang dikecapi dan kekalkanlah keinsafan supaya keamanan asalnya datang dari hati kemudian diadaptasi ke komuniti..

No comments:

Post a Comment

Mari ber'ESP'